Mengenali dan Memahami Sejarah

Untuk memahami lebih dalam lagi ehwal   SEJARAH   kami petik di bawah ini satu rencana dari lamanweb rasmi  YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA.

 

KONSEP DAN DIDAKTIK SEJARAH    

PENGENALAN

Dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia sering saja mengenang kejadian atau peristiwa lalu untuk dijadikan renungan dan ingatan untuk menuju masa depan. Ini menunjukkan manusia itu sering saja dikaitkan dengan sejarah lalu dan ada pula manusia yang ingin mencatat sejarah untuk menjadikannya sejarah kepada generasi yang akan datang. Manakala manusia yang tidak mempunyai sejarah ialah manusia yang tidak mempunyai ingatan dan tidak mempunyai pengalaman hidup. ´Manusia yang tidak mengetahui sejarah masa sebelum ianya dilahirkan akan terus menjadi seorang bayi´.

Setiap sejarah akan memberi kesan kepada diri individu dan negara. Tanpa sejarah juga kita tidak akan dapat mengenali identiti seseorang dan asal usul sesebuah bangsa serta negara.

KONSEP SEJARAH

Banyak pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana mengenai maksud sejarah. Apabila diperhatikan, pandangan para sarjana berbeza-beza dan pengertian sejarah itu sering saja mengalami arus perubahan mengikut peralihan sesuatu zaman. Sumber dari Aceh, Alfian mengatakan bahawa perkataan sejarah itu berasal daripada perkataan Arab ´Sejaratun´ yang bermakna pokok. R.O. Winstedt pula mengatakan perkataan sejarah itu juga berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud salasilah, tawarikh atau babad.

Manakala dalam Kamus Dewan pula, sejarah bermaksud asal usul, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah, riwayat atau tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh. Orang Barat yang terdiri daripada Herodotus telah menyamakan perkataan sejarah dengan perkataan Inggeris iaitu Histories. Perkataan ini berasal dari perkataan Historia yang bererti penyelidikan atau penyiasatan. Di sini menunjukkan bahawa pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan terhadap perkara-perkara yang benar-benar pernah terjadi.

Sejak abad ke-14 hingga sekarang, beberapa takrif sejarah telah diungkapkan oleh ahli sejarah. R.G. Collingwood pernah mengatakan: ´Sains menyelidiki sesuatu perkara dan dari segi itu sejarah adalah sains´. Di sini menunjukkan bahawa sejarah itu disamakan dengan sains di mana kajian-kajian mesti dibuat bagi mencari kebenaran dan bukti-bukti sesuatu perkara itu terjadi; sejarah dan kajian tidak boleh dipisahkan. Huizinga, sejarawan Belanda yang mengatakan sejarah itu adalah ´kisah sesuatu yang telah berlaku´.

Klik di sini untuk membaca lagi tulisan ini.

LAGI TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI KELANTAN

Terdapat banyak lagi tempat-tempat bersejarah di negeri Kelantan.  Antaranya dibentangkan di bawah ini:

  • PANTAI KUALA PAK AMAT

Pantai Kuala Pak Amat di Jajahan Kota Bharu,  merupakan tempat yang pertama bermulanya Perang Dunia II di Tanah Melayu,  dengan pendaratan tentera Jepun pada tengah malam 8 Disember 1941.   Pertempuran sengit telah berlaku di sini antara tentera Punjab di pihak British dengan tentera Jepun mengakibatkan banyak nyawa terborban di kedua-dua belah pihak.  Walaupun berkubu di sebalik rangkaian pertahanan yang dibina rapi,  pasukan tentera British telah ditewaskan,  dan kemenangan tentera Jepun ini telah dilihat sebagai punca utama kejayaan Jepun dalam episod awal Perang Dunia II di Malaya.

  • MASJID LAMA KAMPUNG LAUT

Masjid Lama Kampung Laut adalah sebuah masjid yang dipercayai tertua bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia.  Masjid binaan kayu ini terletak di Nilam Puri,  dalam Jajahan Kota Bharu,  kira-kira 10 km dari bandar Kota Bharu.  Nama ‘Kampung Laut’ sebenarnya bersempena nama tempat asal masjid ini iaitu di Kampung Laut di Jajahan Tumpat.  Masjid ini dipercayai dibina sekitar 300 – 400 tahun dahulu oleh sekumpulan pendakwah Islam yang belayar antara pulau Jawa dan Champa (sebuah kerajaan lama di Indochina).

  • JAMBATAN GANTUNG SULTAN ISMAIL, SUNGAI NAL

Jambatan ini juga dikenali dengan nama Gertak Gantung Sungai Nal.  Ianya merupakan satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan.  Jambatan ini amat penting bagi menghubung Kota Bharu dengan Kuala Krai melalui jalan raya.  Ia dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV.  Rekabentuknya menyerupai kebanyakan jambatan jenis ini yang terdapat di Eropah.

Dari satu ke satu masa,  kita akan paparkan banyak lagi tempat-tempat bersejarah,  bukan sahaja yang terdapat di negeri Kelanta,  malah di lain-lain negeri di Malaysia.  Detail mengenai tempat-tempat sejarah pilihan ini akan kami kandungkan di dalam lamanweb / blog ini.

SEJARAH DAN KITA … BEBERAPA SOALAN

Sejarah  …  apakah maknanya kepada kita.   Apakah hubungannya dengan kehidupan kita?    Bagaimankah ia mempengaruhi dan mengatur jalan hidup kita?   Dan sebagai simpulan … mengapakah kita tidak atau kurang prihatin atau kurang mengambil berat terhadap sejarah kita.

Lagi satu soalan yang timbul dalam persoalan ini … mengapakah boleh dibilang jumlah mereka yang menyelidik dan menulis mengenai sejarah negara. Mengapakah kita masih bergantung kepada pakar-pakar dari dunia Barat untuk mengkaji,  menyelidik dan menulis kisah sejarah kita sendiri.  Mereka minat dengan sejarah  negara kita,  mengapa kita tidak.

Di beberapa universiti tempatan terdapat fakulti-fakulti sejarah.  Mengapakah tidak ada graduan pengajian sejarah turut menyumbang terhadap bekalan bahan sejarah untuk bangsa di masa mendatang.   Ini juga satu persoalan yang lojik.

Dan cuba kita lihat di sekeliling kita.   Kita lihat kesan-kesan sejarah yang terdapat di dalamnya.

Contoh:   Di Kelantan terdapat beberapa tempat dan lokasi bersejarah.

Bukit Marak,  yang berhubung rapat dengan kisah Puteri Saadong … tinggal terbiar,  penuh dengan semak dan tumbuhan liar,  tidak diurus.  Tidak ada tanda-tanda atau papan tanda yang menceritakan kisah bukit ini.  Pendek kata tidak ada yang ambil peduli mengenainya.   Hasilnya,  sukarlah kita hendak mengetahui fakta-fakta yang sebenar mengenai Puteri Saadong atau pun keturunannya … jika ada.

Di pantai-pantai ke arah selatan dari muara Sungai Kelantan  … memang banyak kubu-kubu kebal atau pill boxes yang didirikan menjelang Perang Dua Kedua dahulu.  Fungsi kubu-kubu ini ialah untuk menjadi penghalang kepada kemaraan tentera musuh,  iaitu tenteta Jepon ketika itu.   Kubu-kubu ini pun tinggal terbiar begitu sahaja.  Kepada yang masih remaja,  tentu sekali mereka tidak tahu mengenai binaan-binaan ini,  tambahan pula tarikh 8 Disember 1941 sudah 71 tahun ditelan zaman. Ini satu lagi contoh tentang tidak keprihatinan kita terhadap sejarah negara sendiri.  Peristiwa Perang Dunia Kedua yang bermula di Pantai Kuala Pak Amat di Kelantan,  memang masyhur di seluruh dunia.  Mengapa kita sendiri tidak mengambil kisah.  Mengapa kita perlu mengharapkan orang  dari negara luar menjalankan kerja yang kita sendiri patut lakukan.

Contoh:   Di Kelantan juga.  Kawasan sekitar Lalang Luas dalam Daerah Machang.

Semasa Perang Dunia Kedua dahulu,  terdapat sebuah lapangan terbang yang digunakan oleh pihak tentera.  Kewujudannya penting dalam sistem pertahanan negeri Kelantan ketika itu.  Di sekitarnya terdapat beberapa kesan sejarah,  umpamanya kubu kebal,  lopak-lopak kesan serangan bom dari udara,  kesan kubu-kubu tanah dan lain-lain lagi.  Keadaan di sini pun tidak diurus seperti yang sepatutnya.  Kalau kita bukan peminat sejarah,  maka kita tidak tahu akan wujudnya tempat-tempatnya.   Sekali lagi,  mengapa tidak didirikan papan-papan tanda yang membawa kisahnya.

Contoh:   Di Johor – Bukit Kepong.

Hanya selepas dipaparkan ceritanya di dalam akhar barulah usaha dilakukan untuk membersihkan kawasan perkuburan wira-wira negara dalam peristiwa serangan komunis keatas balai polis Bukit Kepong.  Mengapakah keadaan ini berlaku.  Mengapa di kalangan masyarakat kita sendiri.

Dan banyak lagi contoh-contoh tempat-tempat bersejarah yang tinggal tidak diurus dan tidak dipedulikan.  Sedangkan sejarah memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita,  terutama sekali dalam kehidupan sebuah masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.

Bangunlah kita bersama untuk memelihara dan mengambil berat mengenai sejarah negara kita sendiri.  Kitalah pakar dalam ehwal sejarah negara kita.  Kita tidak memerlukan pakar dari luar untuk menjalankan tugas ini.

Tepoklah dada dan tanya selera.

Post yang sama dipaparkan dalam blog KELANTAN DARUL NAIM 

SEJARAH DAN KELUARGA

Apa yang berlaku hari ini,  esok sudah menjadi sejarah.  Mahu tak mahu ia,  iaitu sejarah, mempunyai satu hubungan yang amat rapat dengan kehidupan kita.

Ramai antara kita tidak mengetahui sejarah kita sendiri.  Kita tidak tahu kisah keturunan kita.  Mungkin kita tahu dan kenal ibu dan ayah kita,  dato’ dan nenek kita,  dan kadang kala kita tahu juga asal dan keturunan mereka yang dahulu dari mereka.  Tetapi jumlah ini tidak ramai.

Kepada kita kisah ini tidak begitu penting.  Kepada kita yang penting ialah masa depan kita.  Kita tidak begitu prihatin terhadap perkara ini.

Pentingnya asal usul kita tidak boleh kita sangkal.  Kita perlu tahu.  Dan kita mesti tahu.

Di negara ini,  hanya keluarga-keluarga tertentu menitikberatkan soal ini,  mithalnya keluarga-keluarga di raja.  Carta famili atau ‘family tree’ mereka dikaji dan diselidik.  Ini adalah untuk menentukan keturunan mereka adalah yang tepat,  terutama sekali dalam perkara pemindahan kuasa, harta dan sebagainya.

Kita paparkan di dalam post ini dua berita mengenai dua keluarga yang prehatin terhadap genenasi sebelum ini.

Di SINGAPURA   -   300 ahli keluarga daripada lima generasi Raya bersama

BUKAN satu, bukan dua, bahkan lima generasi berkumpul untuk merayakan Lebaran – lebih tepat lagi, lebih 300 orang kesemuanya.

Bagi keluarga besar Allahyarham Ahmad Haji Yakob, Hari Raya peluang terbaik bagi mereka berkumpul, beramah mesra dan mempererat hubungan serta bermaaf-maafan.     Baca lagi di CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Di KAMPAR,  Perak   -   600 waris Kesultanan Siak Sri Indrapura berkumpul

Kira-kira 600 waris Kesultanan Siak Sri Indrapura hari ini berkumpul dalam majlis perjumpaan susur galur keturunan itu buat kali pertama sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Yang Dipertua Ahli Kerabat Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kamaruddin Yusof Sani berkata, majlis perjumpaan itu menemukan mereka yang terpisah sekali gus dapat mengeratkan lagi semangat kekeluargaan.

Katanya, majlis perjumpaan yang telah dirancang sejak lima bulan lalu itu menghimpunkan enam generasi waris kesultanan itu.  Baca lagi di UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Kami percaya,  ada baiknya mulai sekarang kita berusaha mencari dan mengenali keturunan kita,  iaitu yang secara langsung akan menentukan masa depan keturunan,  generasi dan keluarga kita.

The Description of History

Let us get deeper into history.  Let us have a look at its description.  Hopefully this will get us closer to the subject.  I beleive this will benefit us in so many ways,  for history some how has a great influence on our lives today.

Here is an excerpt taken from Wikipedia,  the free encyclopedia   

Historians write in the context of their own time, and with due regard to the current dominant ideas of how to interpret the past, and sometimes write to provide lessons for their own society. In the words of Benedetto Croce, “All history is contemporary history”. History is facilitated by the formation of a ‘true discourse of past’ through the production of narrative and analysis of past events relating to the human race.[12] The modern discipline of history is dedicated to the institutional production of this discourse.

All events that are remembered and preserved in some authentic form constitute the historical record.[13] The task of historical discourse is to identify the sources which can most usefully contribute to the production of accurate accounts of past. Therefore, the constitution of the historian’s archive is a result of circumscribing a more general archive by invalidating the usage of certain texts and documents (by falsifying their claims to represent the ‘true past’).

Click here to read more

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.