LAGI TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI KELANTAN

Terdapat banyak lagi tempat-tempat bersejarah di negeri Kelantan.  Antaranya dibentangkan di bawah ini:

  • PANTAI KUALA PAK AMAT

Pantai Kuala Pak Amat di Jajahan Kota Bharu,  merupakan tempat yang pertama bermulanya Perang Dunia II di Tanah Melayu,  dengan pendaratan tentera Jepun pada tengah malam 8 Disember 1941.   Pertempuran sengit telah berlaku di sini antara tentera Punjab di pihak British dengan tentera Jepun mengakibatkan banyak nyawa terborban di kedua-dua belah pihak.  Walaupun berkubu di sebalik rangkaian pertahanan yang dibina rapi,  pasukan tentera British telah ditewaskan,  dan kemenangan tentera Jepun ini telah dilihat sebagai punca utama kejayaan Jepun dalam episod awal Perang Dunia II di Malaya.

  • MASJID LAMA KAMPUNG LAUT

Masjid Lama Kampung Laut adalah sebuah masjid yang dipercayai tertua bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia.  Masjid binaan kayu ini terletak di Nilam Puri,  dalam Jajahan Kota Bharu,  kira-kira 10 km dari bandar Kota Bharu.  Nama ‘Kampung Laut’ sebenarnya bersempena nama tempat asal masjid ini iaitu di Kampung Laut di Jajahan Tumpat.  Masjid ini dipercayai dibina sekitar 300 – 400 tahun dahulu oleh sekumpulan pendakwah Islam yang belayar antara pulau Jawa dan Champa (sebuah kerajaan lama di Indochina).

  • JAMBATAN GANTUNG SULTAN ISMAIL, SUNGAI NAL

Jambatan ini juga dikenali dengan nama Gertak Gantung Sungai Nal.  Ianya merupakan satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan.  Jambatan ini amat penting bagi menghubung Kota Bharu dengan Kuala Krai melalui jalan raya.  Ia dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV.  Rekabentuknya menyerupai kebanyakan jambatan jenis ini yang terdapat di Eropah.

Dari satu ke satu masa,  kita akan paparkan banyak lagi tempat-tempat bersejarah,  bukan sahaja yang terdapat di negeri Kelanta,  malah di lain-lain negeri di Malaysia.  Detail mengenai tempat-tempat sejarah pilihan ini akan kami kandungkan di dalam lamanweb / blog ini.

About these ads

About Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: